Saturday, November 9, 2013

Puding Karamel + Sirap Bandung Selasih


We having a dessert last two nights Alhamdulillah. Saja-saja deco serba sedikit. Seronok nak hidang kepada hubby. Bukan selalu jumpa. Sekali jumpa, biar waitress halal ni cucikan mata dia dengan air tangan sendiri. No need to go to any restaurant :) Masak dengan iman, dan keikhlasan. Semoga bernilai ibadah.

Here the recipe. Make a try. Simple and delicious, trust me!


Tuesday, November 5, 2013

Ketam Ka'kiyah Masak Lemak Cili Api


Bismillah Walhamdulillah.

Alhamdulillah, rezeki dapat abi bawa kan ketam-ketam yang tak sampai sepuluh ekor tu naik bas. Dari Pasar Ka'kiyah Makkah ia datang, transit ke Jeddah kemudian ke Amman, sebelum tiba ke Baytul 'Ulya. Huuu, jauh perjalanan ketam-ketam ni. Alhamdulillah hari ini dapatlah menikmati masak lemak ketam. MashaAllah lah kan, bila dapat merasa makan yang rare-rare gitu di Jordan ni. Bukan tak ada, tapi mahal. Ini pun, abi tak makan. "abang senang dapat" kata nya. Khusus di bawa untuk anak isteri. Tsumma Alhamdulillah.

For the recipe, also campak-mencampak hehe.

2 ekor ketam
*2 biji bawang besar
*1/2 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*2 batang serai - diketuk
*19 tangkai (ke biji?) cili api / padi (di Jordan ni ummi guna cabai cacak, which is besar and panjang sikit dari cili api)
1 biji tomato
1 keping asam gelugor
2 paket santan (ummi used brand Sedap - paket warna hijau)
garam dan ajinomoto/gula secukup rasa


Cara-cara nya :

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *
2. Bancuh kan santan, masuk kan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk
3. Bila santan mendidih, kecilkan api dan masuk kan ketam dan tomato.
4. Perasakan dengan garam & ajinomoto / gula
5. Bila cengkerang ketam telah bertukar warna kemerahan, santan mendidih, tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Masak dari hati, Masak with Iman bak kata Chef Amar. hehe

Sambal Udang


Bismillah Walhamdulillah.

Lama nya kan, dapur ummi tak ber update. Bukan bermakna dapur ummi tak berasap, tapi kurang berkesempatan untuk membuka laptop, menaip, dan mengupload gambar. Sempena kejutan demi kejutan ANR 5th Anniversary baru-baru ni, gaya nya pelbagai masakan la dapat ummi masak. Sebab big boss ada, so seronok la nak turun ke dapur hihi.

As for a week back, ummi dah selamat masak kan abi (1) sambal petai udang + ikan bilis, (2) ikan masak asam pedas, (3) sup sayur, (4) udang goreng tepung. Unfortunately semua pun tak sempat nak capture even a pic hehe. Laju je masing-masing nak makan. Tambahan, Ulya tak berapa sihat the whole week tu.

Yesterday, ummi had prepared this sambal udang, as requested by abi. Tak puas makan the first sambal tu kata nya. But then, petai pula dah tak ada. Rasa still the same. Alhamdulillah. For the recipe, ummi just campak-campak huhu. Tak ada yang tepat.