Saturday, November 9, 2013

Puding Karamel + Sirap Bandung Selasih


We having a dessert last two nights Alhamdulillah. Saja-saja deco serba sedikit. Seronok nak hidang kepada hubby. Bukan selalu jumpa. Sekali jumpa, biar waitress halal ni cucikan mata dia dengan air tangan sendiri. No need to go to any restaurant :) Masak dengan iman, dan keikhlasan. Semoga bernilai ibadah.

Here the recipe. Make a try. Simple and delicious, trust me!


Tuesday, November 5, 2013

Ketam Ka'kiyah Masak Lemak Cili Api


Bismillah Walhamdulillah.

Alhamdulillah, rezeki dapat abi bawa kan ketam-ketam yang tak sampai sepuluh ekor tu naik bas. Dari Pasar Ka'kiyah Makkah ia datang, transit ke Jeddah kemudian ke Amman, sebelum tiba ke Baytul 'Ulya. Huuu, jauh perjalanan ketam-ketam ni. Alhamdulillah hari ini dapatlah menikmati masak lemak ketam. MashaAllah lah kan, bila dapat merasa makan yang rare-rare gitu di Jordan ni. Bukan tak ada, tapi mahal. Ini pun, abi tak makan. "abang senang dapat" kata nya. Khusus di bawa untuk anak isteri. Tsumma Alhamdulillah.

For the recipe, also campak-mencampak hehe.

2 ekor ketam
*2 biji bawang besar
*1/2 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*2 batang serai - diketuk
*19 tangkai (ke biji?) cili api / padi (di Jordan ni ummi guna cabai cacak, which is besar and panjang sikit dari cili api)
1 biji tomato
1 keping asam gelugor
2 paket santan (ummi used brand Sedap - paket warna hijau)
garam dan ajinomoto/gula secukup rasa


Cara-cara nya :

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *
2. Bancuh kan santan, masuk kan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk
3. Bila santan mendidih, kecilkan api dan masuk kan ketam dan tomato.
4. Perasakan dengan garam & ajinomoto / gula
5. Bila cengkerang ketam telah bertukar warna kemerahan, santan mendidih, tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Masak dari hati, Masak with Iman bak kata Chef Amar. hehe

Sambal Udang


Bismillah Walhamdulillah.

Lama nya kan, dapur ummi tak ber update. Bukan bermakna dapur ummi tak berasap, tapi kurang berkesempatan untuk membuka laptop, menaip, dan mengupload gambar. Sempena kejutan demi kejutan ANR 5th Anniversary baru-baru ni, gaya nya pelbagai masakan la dapat ummi masak. Sebab big boss ada, so seronok la nak turun ke dapur hihi.

As for a week back, ummi dah selamat masak kan abi (1) sambal petai udang + ikan bilis, (2) ikan masak asam pedas, (3) sup sayur, (4) udang goreng tepung. Unfortunately semua pun tak sempat nak capture even a pic hehe. Laju je masing-masing nak makan. Tambahan, Ulya tak berapa sihat the whole week tu.

Yesterday, ummi had prepared this sambal udang, as requested by abi. Tak puas makan the first sambal tu kata nya. But then, petai pula dah tak ada. Rasa still the same. Alhamdulillah. For the recipe, ummi just campak-campak huhu. Tak ada yang tepat.







Thursday, April 26, 2012

Kuih Donut Gebu (??)


Pelbagai rupa bentuk :')

 Bahan-bahan ( 25-30 biji )

 

1 kilo tepung gandum

1 paket yeast (jenama Mauripan)

1 1/2 mug air suam

1 sudu kecil gula

5 sudu besar planta (ummi guna butter, jenama Halibna)

1 sudu besar kentang lecek (tapi ummi tak guna ni)

gula halus/gula icing

Cara-cara 

 

Bancuh yis dengan air suam dan gula.

Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang.

Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)

Masukkan bancuhan yis tadi

Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sikit kat tangan, tapi teruskan menguli hingga dah tak melekat lagi.

Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.

Biar naik lagi, then baru goreng.

Bila warna donut tu cantik, perang sikit, baru angkat dan toskan minyak

Gaul dengan gula atau tuang coklat.

 Resipi asal


Ummi sempat buat kuih donut ni kelmarin. Teringin nak makan. Try la buat. Acuan pula tak ada, tu yang jadi macam-macam rupa bentuk donut tu. HeHe. Sedap! Ummi cuma buat separuh sukatan je. Maksudnya, sukatan yang kat atas ni, ummi bahagi dua. Sebab yang makan dua orang je pun; ummi dan abi. So tak perlu banyak-banyak sangat. Walaupun tak rupa bentuk donut sebenar, tapi rasa masih tetap sama..



HAPPY EATING! :)





    Saturday, April 21, 2012

    Sarapan Segera :')

    Bismillah.

    Wah, tak berasap nampaknya dapur ummi ni.
    Ke?

    Tak lah, sebenarnya baru-baru ni ummi ada cuba-cuba buat Apam. Tapi tak berapa nak menjadi pulak. Alkisah, sukatan kata letak Baking Powder. Entah macamana ummi tersilap, dok bubuh Soda Bicarbonate. Abi je lah gamak nya menghabiskan tujuh ketul tu. Tak tergamak pulak ummi nak post gambar yang tak berapa nak menjadi tu. Next time Ensha2llah. Hehe.

    Kemudian, ada juga ummi pergi ke kelas memasak, menu Nasi Maqlubah. Pun tak menyempat lagi nak simpan kat sini. Cuma ada la, ummi nak tunjuk gambar sarapan abi dan ummi ni.

     Nama makanan ni : Khotoyif
    Rasa dia, macam lempeng.
    Dalam tu, kita sapukan Nutella, bentuk kan jadi macam karipap.
    Oh sangat nyummy-licious!
    Harga tak lah mahal. Setengah kilo baru JD0.50 (nusuf dinar)
    Yang kat atas tu setengah kg, setengah kg.

    Chocapic ni ala-ala Coco-Krunch Malaysia la kan. Rasa pun sama.
    Harga je sini lagi mahal T_T
    Sejak datang Jordan ni, dah 7 bulan ummi abi di sini, baru ni la first time beli.
    Satu kotak je JD3.09. (cer darab dengan RM4.50)

    Susu Golden Taste jenama Saudia ni pula harga nya not bad.
    Kalau di C-Town, Arabella Mall tu JD0.85.
    Sekali beli tu memang sampai 5-6 kotak lah, buat stok. Sebab ummi ni suka minum susu. (Mbah ajar :P)
    Rasa memang sama macam Dutch Lady Full-Cream.
    Tapi Dutch Lady lagi mahal. Hihihi


    Ganti Roti Gardenia :')
    Setiap satu berharga JD1
    *mahal tau -__-" *

    Sekian laporan dari dapur untuk hari ini.
    Nanti ummi perkenalkan lagi makanan di Irbid ni yang ummi jumpa ya :')

    Saturday, April 14, 2012

    Kuih Kasturi

    Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.
    Esok ummi dan abi sama-sama ada imtihan tsani untuk subjek 'Ulum Quran. Boring-boring dah baca buku (eheh) maka ummi pun mula la nak 'cari pasal' untuk buat benda lain. Tiba-tiba teringin nak makan kuih kasturi. Ooh, betapa bersungguh-sungguh nya ummi nak buat kuih ni first-timer ni. Sampai lupa nak rendam dulu kacang hijau tu, terus rebus! Whoa.. Slumber je kan. Selama ni tahu beli je. Tak pun opah yang buat, tahu makan je. Sekarang kena la buat sendiri. Mana nak cari orang Arab jual kuih kasturi ni kat kedai -___-"

     Yang ni ummi tempa.

    "Abi pun nak tolong ummi juga..."

     Banyak ni la dapat tempa.

     Nyummy-licious! Sedap betul minum petang hari ni.
    Alhamdulillah.

     Khas untuk abi with love :')

    Untuk kawan-kawan abi :)



    Jom tengok resipi!

    Resipi ni, ummi kopipes je dari sini. Tapi ada yang ummi tokok tambah. Haha. Ampun tuan punya resipi!

    Inti (Bahan A)
    1 paket kecil kacang hijau (direndam dahulu selama 1 1/2-2 jam) (ummi lupa rendam, tapi Alhamdulillah jadi)

    5 cawan air + 1 cawan santan (ummi guna santan paket, jenama Sedap-1 paket)
    3/4 cawan gula perang

    1 sudu kecil garam

    3/4 cawan tepung gandum
    1 helai daun pandan (tak guna pun ni, sebab tak ada pun. hihi)
    Kulit (Bahan B)

    3/4 cawan tepung gandum
    2 1/4 cawan air

    1 biji telur (ummi tak guna, sebab tak suka bau telur!)

    1 sudu kecil serbuk kunyit

    Sedikit garam

    Cara-cara 

     

    Bahan A (Inti)
    Rebus kacang hijau sehingga agak hendak lembut. Jika masih agak keras tambahkan sedikit air lagi, kemudian bolehlah tambahkan gula perang, santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga kering dan lembut. Angkat.

    Bahan B (Kulit)
    Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letak air kacau sehingga sebati jika pekat tambah lagi sedikit demi sedikit air, masukkan telur, serbuk kunyit dan garam. Adunan ini seperti hendak mengoreng pisang. Setelah siap, ambil inti kacang tadi gaulkan dengan tepung. Buat leper leper dan masukkan ke dalam bahan B dan goreng di atas api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap.

    Thursday, March 22, 2012

    Puding Karamel Tanpa Telur


    Alkisah nya, dah lama ummi memendam rasa nak buat puding karamel ni. Sangat mudah dan sedap juga. Tanpa bau telur, sebab tak guna telur pun ^_^ Kalau old-recipe ummi masa kat Malaysia dulu, memang lah guna telur, dan kena kukus pula. Ummi rasa yang ni lebih mudah. Tak sabar nak balik Malaysia, nak buatkan untuk mbah pula! (Ayah ummi suka makan puding ni. Sure dia suka punya..)





    Karamel :
    2 senduk nasi gula, tabur-tabur atas loyang. Kemudian panaskan loyang atas api untuk jadikan karamel

    Puding :

    1 cawan agar-agar stripe
    2 cawan air
    2 cawan susu cair (ummi guna brand Luna)
    2 senduk nasi gula (atau ikut manis masing-masing)
    2 sudu besar kastard

    Cara-cara :
    1. Agar-agar rendam dulu sekurang-kurang nya 3 jam

    2. Kemudian masak agar-agar hingga larut

    3. Dah larut masukkan gula

    4. Kastard di blend bersama susu dan masukkan ke agar-agar.

    5. Masak hingga mendidih.

    6. Tuangkan adunan puding ke karamel.

    7. Taburkan serbuk coklat, dan corakkan atasnya dengan garfu. (ummi guna milo, serbuk koko out of stok)

    8. Sejukkan puding.

    9. Apabila dah keras, ambil bekas lain dan terbalikkan puding.


    p/s :
    Kalau guna agar-agar serbuk yg 10 gm, jumlah air 500 ml, susu 500 ml. Kastard jadikan 3 sudu besar.

    SELAMAT MENCUBA....

    Resipi asal dari Kak Abidah (: