Thursday, April 26, 2012

Kuih Donut Gebu (??)


Pelbagai rupa bentuk :')

 Bahan-bahan ( 25-30 biji )

 

1 kilo tepung gandum

1 paket yeast (jenama Mauripan)

1 1/2 mug air suam

1 sudu kecil gula

5 sudu besar planta (ummi guna butter, jenama Halibna)

1 sudu besar kentang lecek (tapi ummi tak guna ni)

gula halus/gula icing

Cara-cara 

 

Bancuh yis dengan air suam dan gula.

Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang.

Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)

Masukkan bancuhan yis tadi

Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sikit kat tangan, tapi teruskan menguli hingga dah tak melekat lagi.

Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.

Biar naik lagi, then baru goreng.

Bila warna donut tu cantik, perang sikit, baru angkat dan toskan minyak

Gaul dengan gula atau tuang coklat.

 Resipi asal


Ummi sempat buat kuih donut ni kelmarin. Teringin nak makan. Try la buat. Acuan pula tak ada, tu yang jadi macam-macam rupa bentuk donut tu. HeHe. Sedap! Ummi cuma buat separuh sukatan je. Maksudnya, sukatan yang kat atas ni, ummi bahagi dua. Sebab yang makan dua orang je pun; ummi dan abi. So tak perlu banyak-banyak sangat. Walaupun tak rupa bentuk donut sebenar, tapi rasa masih tetap sama..



HAPPY EATING! :)





    No comments:

    Post a Comment